About Me

Foto saya
Bidor, Perak, Malaysia
Dan Dia(Allah) yang mempersatukan hati manusia(org yg beriman).Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yg berada dibumi,niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka,tetapi Allahr telah mempersatukan hati mereka.Sungguh,Dia Maha perkasa,Mahabijaksana. (8/63)

Jumaat, 13 Ogos 2010

PEMERGIAN YANG DI REDHAI.........

Salam Takziah buat keluarga ukht Hidayah Bt Ibrahim,beliau telah kembali bertemu penciptanya pada hari Khamis 12 Ogos 2010 bersamaan 2 Ramdhan 1431 Hijrah,kepada sesiapa yang mengenali Arwah ana memohon mendoakan arwah ditempatkan dikalangan golongan orang-orang yang soleh..Al-fatihah.....

Pada petang khamis tersebut ana sempat bertemu arwah dan mengajak ana untuk berbuka puasa dirumahnya,arwah datang ke KIAS untuk menguruskan proses untuk menyambung pelajarannya ke Acheh, hubungan kami selain dari jawatan exco yang disandang ketika bersama-sama berjuang didalam PMKIAS ialah ana keluarga angkat kepada keluarga arwah,ana agak terkilan disebabkan menolak pelawaan arwah untuk berbuka puasa di rumahnya, disebabkan ada sedikit mesyuarat pada petang khamis tersebut,dan ana berjanji untuk pergi ke rumaha arwah pada hari Jumaat..Rupa-rupanya itulah kali terakhir bertemu arwah.............

Beliau seorang yang sangat komited dalam gerak kerja persatuan masih teringat didalam ingatan kenangan saat bersama, beliau sanggup tidak menjamah makanan pada suatu hari disebabkan terlalu sibuk dengan kerja unit kebajikan yang disandangnya,saat ana sakit selain dari ukht siti khadijah yang banyak membantu ana beliau sampai sanggup tinggal di bilik ana untuk menjaga ana bersama-sama,jasa mu tidak akan ku lupakan sehingga ke akhirat,apabila ana ingin datang kerumahnya beliau sanggup mengambil ana walaupun jauh di nilam puri.Ana amat terkejut apabila mendengar berita semasa didalam mesyuarat akan kematian beliau,ana terus bergegas kerumahnya selepas solat mahgrib dan menjamah sedikit makanan untuk berbuka puasa,ana tidur dirumah arwah pada malam itu,mek masih tidak mengetahui bahawa anaknya telah bertemu ilahi semasa bergegas pulang dari perak rumah kakak arwah ke kelantan .

Ana dapat melihat betapa tabahnya hati seorang ibu menanggung kesedihan dihati,mek tetap redha dengan pemergian arwah yang merupakan anak bongsu didalam keluarganya.
Semasa ana terlelap seketika dibilik arwah kira-kira jam 2 pagi ana terhidu-hidu bau yang cukup mengharumkan yang tidak pernah ana hidu sebelum ini,ana terus bergegas kebawah menyambung bacaan Al-quran untuk arwah,bau harum itu semakin kuat,ana menangis dan terus menangis.....

Mek menyapa bahu ana dan kami membaca Al-quran bersama-sama serta kakak-kakak arwah yang lain,sehingga tanpa tersedar ana terlelap di sisi jenazah arwah....alhamdulilah ana dapat bersama-sama arwah sehingga beliau dikebumikan....

Semoga ALLAH MENCUCURI RAHMATNYA KEPADA ARWAH DAN MENEMPATKANNYA DALAM GOLONGAN ORANG-ORANG YANG SOLEHAH DAN AHLI SYURGA................
AMIN YA RABBAL A'LAMIN......


Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati

Tiada ulasan:

Catat Ulasan