About Me

Foto saya
Bidor, Perak, Malaysia
Dan Dia(Allah) yang mempersatukan hati manusia(org yg beriman).Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yg berada dibumi,niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka,tetapi Allahr telah mempersatukan hati mereka.Sungguh,Dia Maha perkasa,Mahabijaksana. (8/63)

Jumaat, 20 Ogos 2010

TARBIYAH DARI PENCIPTA


Assalamualaikum…..sudah agak seminggu ana membiarkan blog ana bersarang tanpa terisi,kesibukan kehidupan bukan lah menjadi alasan sebenarnya,mungkin kekalutan fikiran yang menguji ana……kehidupan seharian kita adalah tarbiyah dari Allah itu yang mampu ana ucapkan setelah diuji oleh ALLAH degan kehilangan orang tersayang pada bulan ini,semoga Allah menempatkan ahli keluarga ana dikalangan orang-orang yang beriman…..Kematian adalah tarbiyah yang paling mujarab bagi kita insan yang masih meneruskan liku-liku sisa kehidupan,disaat mengingati kematian yang tidak tahu bila kunjung tibanya, gerak kerja islam tarbiyah dan dakwah harus dilaksanakan sebagai mahar kita bertemu sang pencipta….Alhamdulilah ketika ana pulang ke kampung beberapa hari yang lalu ana sempat berjumpa dengan sanak saudara,kerinduan yang terpendam sekian lama terhadap adik ana yang menggali ilmu dan tarbiyah dibumi Darul quran terubat jua,walaupun kami sama-sama dalam keadaan kesedihan…..kami saling kuat menguatkan antara satu sama lain termasuk along ana yang ana sayangi yang hanya mampu ana bersamanya berapa ketika disebabkan kekangan waktu yang mencemburui kami,semoga ALLAH membalas amalanmu dengan balasan yang setimpal abangku……abangku sudah acap kali meluahkan yang beliau mahu pergi ke Afghanistan untuk berjihad disana ,perkara ini jua pernah diluahkan kepada sahabat rapatnya akh aizat,alasannya medan jihad di Malaysia tidak cukup kuat untuk menyerahkan seluruh jiwa raganya,dimedan pilihan raya pun kita masih mempunyai masa untuk tidur kata abang ana,ana tersenyum bangga dengan kata-katanya..mungkin abang ana ingin mengikut jejak langkah akh hafiz sabri yang baru kembali ke tanah air selepas mendapat tarbiyah dibumi Yaman.. mungkin jua seperti ust zainon yang merupakan anak Malaysia pertama yang berjihad dibumi Afghanistan,walaupun ana sering berjumpa dengan ust zainon ana masih tidak menyangka yang insan ini pernah berjihad untuk menegakkan risalah Allah di Afghanistan disebabkan keramahan ust tersebut dan lembut yang berhikmah ketika bercakap dan berurusan ,semoga Allah mengabulkan doamu wahai abangku…emak dan abah yang banyak menyokong kami,sehingga pernah emak ana berkata emak lebih rela anak-anak pergi berjihad diPalestin…. Semua ini adalah penguat semangatku untuk meneruskan gerak kerja ISLAM...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan