About Me

Foto saya
Bidor, Perak, Malaysia
Dan Dia(Allah) yang mempersatukan hati manusia(org yg beriman).Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yg berada dibumi,niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka,tetapi Allahr telah mempersatukan hati mereka.Sungguh,Dia Maha perkasa,Mahabijaksana. (8/63)

Jumaat, 30 Julai 2010




ORENTALIS YAHUDI

Full nameEdward Saïd
BornNovember 1, 1935
Jerusalem, British Mandate of Palestine
DiedSeptember 25, 2003 (aged 67)
New York City, New York, United States
Era20th-century philosophy
RegionWestern Philosophy
SchoolPostcolonialism, Postmodernism
Notable ideasOccidentalism, Orientalism, "The Other"


KENALI MUSUH ISLAM........

(ORENTALIS)

Kedatangan bangsa Barat Kristian di negara-negara Islam tidak dengan sekaligus.Bermula dengan pasukan materi, lalu diikuti oleh orientalis (istiyhraq) dan missionarisme (tabsyir) yang bersifat ma’nawi. Selanjutnya mereka lakukan kolonisasi dan mereka hapuskan pemerintahan Islam sehingga ke akar umbi. Kemudian mereka tebarkan idea-idea sekularisme dan nasionalisme, dan setelah itu mereka bunuh khilafah Islamiyah. Akhirnya setelah memasukkan tentera mereka di negeri-negeri Islam, mereka tinggalkan tentera kulitnya sama dengan kulit kita dan bahasanya pun sama dengan bahasa kita ( iaitu anak negeri sendiri yanga sudah menjadi dalang). Nah, dengan laskar anak negeri inilah yang mereka lakukan perubahan sosial dan politik.

Aktivis mereka dalam hal ini dapat dibahagi dalam tiga tahap, iaitu:

Tahap pertama: Tahap sebelum menjatuhkan Khilafah Islamiyah.
Tahap kedua: Tahap pembunuhan terhadap Khilafah Islamiyah.
Tahap ketiga: Tahap sesudah jatuhnya kekuasaan Khilafah Islamiyah


TAHAP SEBELUM JATUHNYA KHILAFAH ISLAMIYAH.

Tahap ini dimulai dengan perang Salib, kemudian Orientalisme, dan disusuli dengan missionarisme.


Pertama:Perang Salib.

Ana tidak menulis sejarah, tetapi hanya meringkas dari ungkapan dari kenyataan sejarah. Di antara kenyataan itu ialah bahawa bangsa Barat telah mengatur tentera untuk memerangi dunia Timur Islam atas nama Salib di bawah bendera Salib. Dan para rahib gereja di Eropahlah yang telah mengatur para pemimpin dan rakyat untuk melaksanakan peperangan ini, lalu diaturkan sebagai perang agama. Pepecahan kaum muslimin menjadi negara-negara kecil dan kelemahan Daulah mereka telah menjadikan orang-orang Nasrani berani memerangi mereka. Dan hanya sedikit penulisan yang benar apa yang digambarkan sebahagian ahli sejarahwan bahawa penjajahan bangsa Barat itu bertujuan mencari keuntungan ekonomi sahaja.
Memang benar bahawa eksploitasi kekayaan atau ekonomi itu merupakan salah satu tujuan penjajahan yang mereka lakukan, tetapi tidak merupakan tujuan utama. Tujuan utamanya ialah agama (penyebar agama), dan dalam hal ini peranan para pemimpin spiritual Masihi dan sekutu-sekutunya tidak dapat diabaikan dan dilupakan. Mereka ingin membalas dendam dan menyakiti orang-orang Islam yang dahulu pernah menjarah ke jantung Eropah dan berhasil menguasai Laut Tengah hingga masuk ke Perancis Selatan. Setelah melampiaskan dendam dan menyakiti kaum muslimin, mereka kemudian memaksa kaum muslimin memeluk agama kristian. Inilah yang akan dibincangkan dalam peperangan ini. Allah berfirman di dalam Al-Quran:

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akn senang kepada kamu sehingga kamu mengikuti agama mereka".(AL-BAQARAH:120)

"Mereka tidakhenti-hentinya memerangi kamu sampai mereka dapat mengembalikan kamu dari Dinmu(kekafiran) seandainya mereka sanggup".(AL-BAQARAH:217)

Dan benarlah apa yang dikatakan oleh penulis Amerika William Ghoycare, bahawa orang-orang Yahudi berada di belakang Perang Salib. Mereka bermaksud untuk melemahkan kaum muslimin dan kaum Nasrani sehingga mereka dapat meningkatkan praktikal ribawi di tengah-tengah Perang Salib.

Namun seandainya tidak digerakkan bangsa Yahudi, orang-orang kristian pun akan tetap bergerak juga. Kerana, apa yang mereka lakukan ketika Perang Salib hanyalah dari dendam yang terpendam. Sedangkan apa yang mereka sembunyikan dalam dada mereka adalah lebih besar lagi.

Perlindungan Dalam Islam Untuk Umat, Bukan Untuk Pemimpin.

Jika daulah Islam pada waktu itu berpecah-belah, maka Allah telah menjadikan umat Islam ini sebagai salah satu mukjizat agamanya setelah Al-Quran. Al-Quran telah menyatakan bahawa umat Islam ini adalah sebaik-baik umat bagi manusia, sehingga benarlah kata orang bahawa Al-Ashmah (perlindungan) dalam Islam itu adalah untuk umatnya, bukan untuk pemimpinnya, yang didasarkan pada sabda Rasulullah saw:
"Umatku tidak akan melakukan kesepakatan untuk melakukan kesesatan".

Bangkitnya umat Islam ketika mereka melihat tanda Salib diatas kepala musuh-musuh mereka… Bangkitlah mereka memerangi musuh-musuh Allah dan musuh-musuh mereka dengan segala strategi. Mereka persiapkan jiwa dan darahnya untuk membela agama Allah… mereka ingin segera bertemu Allah dan memasuki syurgaNya.. kerana itu Allah memberikan kepada mereka dua kebaikan sekaligus, iaitu kemenangan dan syurga… Dan (pulanglah) tentera Salib dengan membawa kerugian setelah berperang selama dua abad… Dan dalam sejarah Perang Salib terdapat kisah kepahlawanan dan kehebatan kaum muslimin yang perlu ditulis .

Dalam peperangan itu muncullah Asy-Syahid Nuruddin Mahmud bin Zanki At-Turki, kemudian muncul pula Shalahuddin Al-Ayyubi Al-Kurdi dan lain-lainnya. Mereka yang memimpin umat ini menuju kemenangan untuk dakwah Islam seantero dunia sehingga "Tidak ada kelebihan bagi bangsa Arab kecuali takwa". Dan penduduk Turki telah berjuang membebaskan negeri Islam dari pasukan Salib yang pendendam. Meskipun, tidak ada negara lain yang melindungi mereka ketika tentera Rusia membunuh sekitar tiga juta orang penduduknya…dan bangsa Barat Kristian yakin bahawa bagaimanapun lemahnya Daulah Islam, mereka tidak akan dapat meraihnya dan menguasai umatnya sehingga terlebih dahulu harus mereka
kuasai (rampas) akidah dan pemikirannya…
Tahap berikutnya ialah istisyraq (Orientalisme) dan tabsyir (Missionarisme).

Kedua :Orientalisme
Perang Salib telah membuahkan idea-idea baru mereka terkenal dengan istilah istisyraq atau orientalisme, kerana sebahagian bangsa Arab yang didorong oleh fanatisme Salibiyahnya telah menulis tentang Islam. Dan sudah tentu, kerana fanatisme Salibiyahnya maka penulisan mereka tidak didasari kejujuran ilmiah. Mereka sengaja hendak merosakkan dan memburuk-burukkan Islam dari pelbagai sudut, antara lain:

Melontarkan keraguan dengan mengatakan bahawa Al-Quran itu adalah ciptaan Nabi Muhammad saw. Dan kerana keimanan para sahabat baginda sehingga mendorong mereka untuk berjuang sisi Allah.
Orentalis juga telah mengaburkan sumber-sumber hukum Islam antara lainnya sumber-sumber Ilahiah (Al-Quran dan Sunnah) dengan ijtihad. Mereka menganggap bahawa semua itu ciptaan manusia, lalu mereka menyamakan kedudukan manusia dan tuhan. Mereka juga menyeru kepada tasawuf yang dapat memalingkan mereka dari melakukan jihad.

Padahal semangat jihad inilah yang membangkitkan mereka menghadapi pasukan Salib.(Vide: Ash-Shufiyyah Fil Islam karya orientalis Nilcoson, halaman 7-8). Kegiatan orientalis ini bermula di Sepanyol (Andalus) pada tahun ke tujuh Hijriyah ketika berlakunya peperangan antara pasukan Salib dengan kaum muslimin. Maka Alfonso, Raja Kastilia, memanggil Michael Schot untuk membahas ilmu-ilmu ISLAM dan peradaban mereka. Lalu Schot mengumpulkan pendeta-pendeta di daerah yang berdekatan dengan kota Toli-Toli dan mereka telah menterjemahkan beberapa buku berbahasa Arab ke dalam bahasa Perancis. Kemudian Schot menyerahkannya kepada Raja Sicilia yang telah memerintahkan menulis naskah tersebut dan mengirimkannya ke Universiti Paris sebagai hadiah.
Dan Uskup Agung Toli-Toli, Reymond Lul, melakukan penerjemahan dengan tekun. Setelah itu orang-orang Eropah aktif melakukan penerjemahan berbagai cabang ilmu pengetahuan, seperti ilmu ketuhanan, ilmu perubatan, ilmu fizik, ilmu falak dan lain-lainnya. Dan setelah dicetak, beberapa naskah pencetakkan dan penerbitan berbahasa Arab di Eropah untuk mencetak buku-buku yang dipelajari di sekolah-sekolah dan universiti di Eropah.


Aktiviti orientalis mempunyai hubungkait dengan kegiatan missionaris, kerana kepentingan mereka saling melengkapi . Maka kekalahan tentera Salib dalam beberapa peperangan secara berturut-turut mendorong mereka untuk menambah pengetahuan tentang kebudayaan dan peradaban Islam. Dan akhirnya mereka membuat keputusan untuk mengubah Perang Salib ini dari perang bersenjata menjadi perang pemikiran (ghazwul fikri). Keputusan mereka mendapat idea oleh wasiat Saint Louis Raja Perancis dan pemimpin Perang Salib VIII yang mengalami kekalahan. Dan Louis sendiri kemudian menjadi tawanan tentera Mesir di kota Al-Manshuriah . Untuk membebaskan dirinya, Louis membayar tebusan yang sangat besar . Dan setelah pulang ke Perancis, dia yakin bahawa tidak ada jalan untuk mengalahkan kaum muslimin dengan menggunakan kekuatan senjata, kerana keteguhan mereka berpegang padaIslam mendorong mereka untuk berjuang dan mengorbankan jiwa raganya demi membela Islam, Allah dan melindungi wilayah kekuasaan Islam .Kerana itu mereka telah mencari strategi yang lain, iaitu memalingkan ideologi Islam dan kaum muslimin melalui GHAZWUL FIKRI (Invasi pemikiran/intelektual).


Untuk itu para ilmuwan dan cendiakawan Eropah mengadakan pengkajian terhadap peradaban Islam.Tujuan mereka agar mereka boleh memperolehi senjata baru yang dapat dipergunakan untuk melakukan perang intelektual.
Demikianlah, medan peperangan itu telah berpindah tempat. Dari peperangan bersenjata menjadi peperangan dalam lapangan akidah dan ideologi. Tentunya, sasaran utama yang hendak mereka capai ialah merosak akidah islamiah yang sentiasa menghasut kaum muslimin untuk
berjuang dan mati syahid.Dalam rangka melakasanakan pesan Saint Louis, iaitu untuk merosak akidah dan menghapuskan kekuatan, keimanan, dan semangat jihad kaum muslimin, orang-orang eropah berusaha memisahkan antara akidah dan syariah dan memberikan gambaran kepada dunia bahawa Islam itu adalah agama ritualistik (yang hanya mementingkan ibadah) dalam erti sebagaimana halnya agama Kristian. Begitulah yang mereka lakukan sehingga mereka berhasil pula memisahkan agama dari pemerintahan (sekularisme).Maka orang-orang Islam kehilangan rahsia besar yang tersimpan dalam akidah dan mutiara agamanya. (Al-Islam fi Wajhit Taqhrib Al-Muhaththath Al-Istisyraq wat Tabsyir, karya ustaz Anwar Jundi, halaman 7-8)
Raami yang berpendapat bahawa orientalis lahir dari imperialisme dan missionarisme. Imperialisme memandang bahawa pemahaman islam secara benar akan memberikan kekuatan kepada masyarakat Islam sehingga dapat menangkal kesewenangan imperalisme. Maka para orientalis berusaha untuk merosak akidah Islam. Mereka mencampuradukkan idea-idea dan pemikiran yang benar dengan yang salah dari negara-negara yang menang dan yang dikalahkan oleh mereka dengan, peradaban, kedunian atau penyatuan kebudayaan dan pemikiran manusia.
Adapun tabsyiriyah (missionaris) bertujuan menghentikan kekuasaan dan pengembangan Islam agar tidak dapat menyaingi Kristian dinegara-negara yang menjadi sasaran pengkristiananisasi yang mereka lakukan.
Yang dianggap sebagai bahaya paling besar menurut pandangan kaum messionaris ialah bilamana pemahaman Islam secara benar masuk kedunia Barat. Dan yang perlu diingat, ketika kaum muslimin menaklukkan kota Konstantinopel- ibu kota Romawi Timur tempat markaz (pusat) gereja- gereja Timur -para pemimpin gereja merasa ketakutan. Mereka pun lantas membuat kebohongan dan memburuk-burukkan Islam dan hukum Islam yang adil yang mendorong mereka melakukan hal ini adalah kerana kebanyakkan dari kalangan rakyatnya yang hendak memeluk Islam terlalu ramai. Mereka menghalang rakyat agar tidak memeluk Islam yang memhalalkan poligami dan penceraian.
Lalu datanglah kaum Zionis istisyraq (orientalisme ). Kaum Zionis menhasut kaum Muslimin agar tidak bersatu padu dalam menghadapi gerakan Yahudi Internasional dan negara Yahudi yang zalim (Israel ).Para orientalis aktif bekerja di dalam pelbagai sektor .


Perkembangan Orientalisme
Pada permulaan abad ke 13 hijrah (akhir abad ke !8 Masihi) kaum orientalis sengaja mengubah metode dan strategi. Mereka menggunakan metode baru yang dianggap mampu membebaskan orientalis dari tujuan missionarisme. Mereka mengarahkan program hanya untuk pengkajian ilmiah semata mata. Maka didirikanlah pengajian pengajian perguruan tinggi untuk mempelajari bahasa bahasa Timur di ibukota negara-negara Eropah, seperti London, Paris, Leiden, Berlin dan sebagainya.Dan disana diadakan jurusan khusus untuk mempelajari bahasa Arab dan bahasa-bahasa negeri Islam yang lain, seperti bahasa Parsi, Turki, Urdu dan lain-lain. Tujuannya ialah untuk membekali pemerintah imperialis dengan wartawan-wartawan yang piawai dan tahu selok-belok dunia Islam. Maka mahasiswa Islam yang tertarik untuk belajar disana. Dan pemikiran-pemikiran tentang Islam yang dipelajari disana mempengaruhi mahasiswa islam tersebut.Selanjutnya para orientalis berusaha mengembangkan program mereka untuk mendirikan pengajiaan tinggi dinegara-negara Islam bahkan memdirikan lembaga-lembaga ilmiah disana, seperti di Cairo, Damaskus, dan Baghdad. Di Barat didirikan pula organisasi keagamaan, politik dan ekonomi yang sekiranya dapat dipergunakan oleh pihak penguasa pada masa sebelumnya untuk memyumbangkan dana kepada orientalis.
Negara-negara imperialis juga mendirikan beberapa organisasi di negara-negara Islam yang telah dikuasainya,semua ini demi kepentingan orientalisme sendiri juga misi katholik dan protestan.misalnya, di Mesir terdapat Lembaga Ketimuran di Dair Dominikam, Lembaga Perancis, Nadwah Al-Kitab, Darus Salam, dan Universiti Amerika. Di Libnon terdapat Universiti Santo Yusuf (perguruan Tinggi Kepastoran Katholik yang sekaran dikenali dengan sebutan Al-Jami’ah Al-Yusu’iyyah) dan Universiti Amerika di Beirut (yang dulu diberi nama Al-Kulliyah As-Suriyyah Al-Injiliziyyah - milik Protestan).dan di Syiria terdapat sekolah Al-Layik, Al-Farir, Darus Salam dan sebagainya. Demikian pula di negara-negara Islam yang lain.

(Bersambung)





IKHTILAT MUSLIMIN & MUSLIMAT…SUKSESKAH KITA??

Ikhtilat merupakan satu masalah yang sering ditimbulkan tanpa ada penghujungnya, secara umumnya ia di ta’rifkan sebagai percampuran antara lelaki dan wanita walaupun mereka adalah bersaudara.

Dalam menjelaskan ikhtilat ulamak menjelaskan bahawa ianya dijelmakan dalam bentuk hubungan bebas antara lelaki dan perempuan ajnabi. Ianya boleh berlaku samada di tempat sunyi atau terbuka yang mana kesannya boleh membuka ruang untuk benih-benih penzinaan bercambah di dalam masyarakat.

Namun pada hari ini ikhtilat tidak dirasakan sebagai punca yang boleh mencacatkan seorang agamawan, ia seolah-oleh sudahpun menjadi satu perkara yang biasa dalam kehidupan seharian, tidak dinafikan hidup berpasang-pasangan merupakan satu fitrah kehidupan yang telah dianugerahkan oleh Allah Taala kepada seluruh alam ini, bukan sahaja kepada manusia bahkan haiwan juga dijadikan secara berpasang-pasangan. Namun begitu ianya dipagari syariat untuk membezakan antara manusia dan haiwan.

Dalam permasalahan ini bukanlah bermaksud lelaki dan wanita itu tidak boleh bercampur antara satu sama lain bahkan ianya hendaklah berlandaskan syariat kerana muamalah di antara kedua-duanya merupakan tuntutan kehidupan.

Suasana dan biah kita di sini juga nampaknya tidak dapat lari daripada ikhtilat di antara ikhwah dan akhawat terutamanya bagi mereka yang bergiat aktif dalam persatuan. Bagaimanakah cara penyelesaian terbaik untuk mengatasinya? Adakah kita perlu menghalang percampuran tersebut seterusnya membubarkan persatuan yang ada kerana ia adalah punca kepada ikhtilat atau bagaimana?. Tidak dinafikan, tugas dalam persatuan menuntut kita untuk berhubung antara satu sama lain, namun begitu batasan syarak wajib dijaga dengan sempurna agar tidak tertewas dengan pujukan syaitan dan runtunan hawa nafsu.

Islam melalui sunnah Rasulullah S.A.W telah menetapkan adab-adab yang baik yang perlu diamalkan oleh lelaki dan wanita ketika berlakunya percampuran antara mereka, antaranya wanita mestilah mempunyai mahram ketika bercakap dengan lelaki ajnabi dan mereka juga hendaklah menjaga batasan aurat sebagaimana berikut:

Firman Allah Taala:
Yang bermaksud : “Dan janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliah zaman dahulu”.

Wanita juga seharusnya menjaga aurat mereka dengan berhijab iaitu melabuhkan pakaian sehingga melepasi paras dada, tidak berwangi-wangian dan tidak menghiasi pakaian mereka dengan warna-warna yang menarik perhatian lelaki.

Firmah Allah Taala:
Yang bermaksud: “Wahai nabi, suruhlah isteri-ister mu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan perempuan yang beriman supaya mebelabuhkan pakaian mereka bagi menutup seluruh tubuh mereka, cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal, maka dengan itu mereka tidak di ganggu. Dan ingatlah Allah maha pengampun lagi maha mengasihani”.

Penjagaan dan akhlak-akhlak Islam tidak semestinya diamalkan dan dijaga oleh wanita sahaja bahkan kedua-dua belah pihak seharusnya memainkan peranan untuk merealisasikan biah solehah yang menjadi tuntutan syariat Islam, adalah tidak adil sekiranya bebanan ini diletakkan pada sebelah pihak sahaja. Ini kerana tidak mungkin berlakunya ikhtilat sekiranya hanya sebelah pihak sahaja yang terlibat.

Jalan penyelesaian telah jelas di hadapan mata, kerana kita semua adalah orang berakal, jangan mencari helah dan alasan untuk meninggalkan arahan syariat yang telah nyata. Teruskanlah beramal dengan tuntutan tersebut dan juga iringi amalan dengan landasan sebenar dan mengikut biah yang telah diajar oleh Rasulullah S.A.W dan syariat Islam. Wahai sahabat-sahabat, insafilah diri, tepuk dada tanya iman, bukannya tepuk dada tanya selera kerana selera sememangnya sinonim dengan hawa nafsu. Justeru itu, bersamalah kita mengorak langkah mencari kebenaran berlandaskan syariat dan menghidupkan semula tuntutan sunnah bukannya beriringan menuju tuntutan kemodenan dunia yang jauh melencong dari jalan yang benar.


Khamis, 29 Julai 2010

Menjadi PEMUDA DAN PEMUDI Islam UNGGUL

Matlamat utama persiapan pemuda pemudi Islam hari ini ialah untuk melaksanakan matlamat tercapainya qawamah(penguasaan) Islam terhadap masyarakat dan dunia. Ini memerlukan para pemuda pemudi Islam bagi memindahkan pimpinan umat dari tangan jahilliyah kepada pemikiran, perundangan dan akhlak Islam.

Menurut as-Syeikh Fathi Yakan, pada hakikatnya usia muda seorang pemuda pemudi ialah:-


1) Usia yang penuh dengan cita-cita yang tinggi
2) Usia yang mengalir darah yang gemuruh
3) Usia yang tinggi idealisme yang luas
4) Usia yang memberi pengorbanan dan menebus semula
5) Usia yang menabur jasa, memberi kesan dan emosional.

Menurut Syeikh Yusuf Al-Qardawi pula, tanda-tanda pemuda pemudi Islam yang unggul itu adalah suatu generasi yang mempunyai sifat-sifat yang dinyatakan dengan jelas bagi sesiapa yang membaca al-Quran atau mempelajari sunnah Nabawiyyah. Di antara sifat-sifat unik generasi ini adalah:-

1) Generasi yang percaya kepada realiti dan ilmu
2) Generasi amal dan membina jama'iy
3) Generasi rabbani dan ikhlas
4) Generasi yang bernasabkan Islam
5) Generasi da'awah dan jihad
6) Generasi dagang dan hidup bersama orang ramai
7) Generasi gagah dan agung
8) Generasi seimbang dan sederhana


Manakala menurut Syeikh Mohammad Ahmad ar-Rasyid, terdapat beberapa kesilapan dan fitnah kehidupan yang perlu diberi perhatian wajar oleh para pemuda pemudi Islam. Ini adalah kerana kita sentiasa terdedah kepada pelbagai tekanan luaran dan peristiwa yang mempengaruhi secara beransur-ansur keatas iman terhadap amal dan da'awah. Pengaruh luar ini ada dalam pelbagai bentuk yakni ada yang mengugat aqidahnya, akhlaknya, keluarganya dan sebagainya. Di antara pengaruh-pengaruh ini adalah:

1) Gerakan dan propaganda yang menyebarkan keraguan dan salah faham terhadap Islam
dan keunggulannya
2) Fitnah rakan sebaya yang jahat dan persekitaran yang tidak sihat
3) Fitnah harta dan keluasan rezeki yang melimpah ruah
4) Fitnah ijazah dan pangkat
5)Fitnah wanita, isteri dan anak-anak


Beberapa langkah bagi meningkatkan kecemerlangan pemuda pemudi Islam bagi mencapai qawamah (penguasaan) Islam terhadap diri, keluarga, masyarakat dan dunia ialah:-

1) Kenalpasti tahap kemampuan ada yang sebenar
2) Beri tumpuan kepada kekuatan-kekuatan ada
3) Tanamkan rasa percaya kepada diri sendiri
4) Sediakan diri anda untuk menjadi orang yang terbaik
5) Ambil pelajaran daripada kesilapan yang telah anda lakukan
6) Belajar menerima teguran yang membina diri dan jgn m’hiraukan kritikan yang remeh
7) Perakui kejayaan anda
8) Tetap merendah diri
9) Terus memperluaskan pengetahuan dan pemikiran ada
10) Bersyukur kepada Allah di atas apa yang diberikanNya


MEMAHAMI KONSEP ISTISYHADIAH

Allah berfirman dalam surah at Taubah ayat 111 bermaksud:

إِنَّ اللهَ اشْتَرَى مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنْفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا فِي التَّوْرَاةِ وَالإِنْجِيلِ وَالْقُرْآنِ وَمَنْ أَوْفَى بِعَهْدِهِ مِنَ اللهِ فَاسْتَبْشِرُوا بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُمْ بِهِ وَذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
Maksudnya: Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.

Allah telah menyebut dan menyatakan dalam al Quran perihal jihad sebagai satu jual beli yang punyai pengertian yang sangat mendalam. Juga telah disebut di dalam kitab-kitab sebelum daripada al Quran sama ada at Taurat yang diturunkan kepada nabi Musa a.s ataupun al Injil yang diturunkan kepada nabi Isa a.s. Semuanya menyeru kepada satu bentuk jual beli yang dinamakan jihad menggunakan harta atau nyawa. Allah akan membeli kedua-duanya dengan harga yang sangat mahal iaitu syurga.



SYAHID DAN ISTISYHADIAH

Sebab dinamakan syahid

Sebelum kita melihat pengertian syahid maka eloklah kita mengetahui punca dinamakan syahid. Dalam hal ini Ibnu Hajar telah menyebut sebanyak empat belas pendapat manakala Imam Nawawi menyatakan sebanyak tujuh pendapat.

Al Anbari mengatakan dinamakan syahid kerana Allah dan malaikatNya menjadi saksi kemasukannya ke dalam syurga. Dikatakan juga kerana seseorang syahid itu hidup dan seolah-olah ruhnya menyaksikan. Ada juga pendapat lain yang mengatakan sebabnya ialah tiada yang menyaksikan saat kematiannya melainkan malaikat Rahmat dan banyak lagi pendapat-pendapat lain.

Pengertian Syahid


Syahid berasal daripada kalimah (شهد ) bermaksud orang yang terbunuh atau dibunuh fi sabilillah (dijalan Allah). Dikatakan seseorang itu mati syahid. Kata jama’nya ialah syuhada’. Mazhab yang empat juga telah menta’rifkan pengertian syahid ini berdasarkan hujjah masing-masing, tetapi semuanya sepakat dalam menyifatkan seseorang yang dibunuh atau mati fi sabilillah.

Manakala istisyhadiah pula ialah perihal meminta syahid dengan mendedahkan dirinya untuk dibunuh atau terbunuh fi sabilillah. Kaedah Bahasa Arab menyatakan, sesuatu kalimah yang ditambah dengan huruf sin membawa maksud permintaan dan kehendak.

Oleh itu, timbul perdebatan yang hangat di kalangan para ulama’ dan ilmuan Islam tentang perkara ini khususnya yang berlaku di kalangan rakyat Palestin yang telah meletupkan tubuh badan mereka di tengah-tengah Yahudi. Sebahagian mereka mengatakan ia adalah istisyhadiah dan sebahagian yang lain pula mengatakan ia adalah intihariah (bunuh diri). Pendapat yang kedua diperkuatkan dengan firman Allah yang berbunyi:

وَأَنْفِقُوا فِي سَبِيلِ اللهِ وَلاَ تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ وَأَحْسِنُوا إِنَّ اللهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ
Maksudnya: Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.

Oleh hal demikian, kita ingin melihat dengan ilmiah dalam menilai perkara ini berdasarkan sumber Ilahi bukannya mengikut hawa nafsu dan kedangkalan hati.



HUKUM DAN SYARAT


Daripada perbincangan dan pengertian di atas dapatlah kita faham bahawa wujudnya perbezaan di antara istisyhadiah dan intihariah (bunuh diri). Oleh itu kita akan simpulkan kepada beberapa noktah penting untuk kita menghukum sesuatu perbuatan itu termasuk dalam kategori intihariah atau pun jihad iaitu istisyhadiah sebagaimana berikut:



Perkara pertama:

a) Islam menegah seseorang bercita-cita untuk mati dengan sebab keduniaan daripada kesusahan dan kecelakaan, namun Islam menggesa umatnya supaya berazam untuk mati syahid di jalan Allah sebagaimana hadith Rasulullah s.a.w dalam Sohih Muslim yang berbunyi:
من سأل الله الشهادة بصدق بلغه الله منازل الشهداء وإن مات على فراشه

b) Tidak boleh bagi seorang manusia mendedahkan dirinya kepada kebinasaan dengan sebab-sebab keduniaan seperti membenarkan orang lain membunuhnya, bahkan Imam al Qurtubi dalam tafsirnya mengkategorikan ia sebagai bunuh diri, kecuali jihad melawan musuh-musuh agama Islam. Walaupun ia juga mendedahkan diri kepada kebinasaan tetapi ia merupakan suruhan Allah dan RasulNya.


Perkara kedua:

Perbuatan yang mendedahkan diri kepada kehancuran untuk menakutkan dan menyerang musuh dengan niat untuk meninggikan kalimatullah tidak dianggap sebagai bunuh diri mengikut kebanyakan ulama’ empat mazhab. Para ulama’ sebelum ini hanya membincangkan tasabbub sahaja dan meninggalkan zat dalam perkara pembunuhan serta meyerang musuh, namun pada hari ini zat diri manusia itu sendiri sudah perlu untuk dijadikan senjata pula bagi mencapai maksud menakutkan dan menyerang musuh.



ISTISYHADIAH SEPANJANG SEJARAH


Pertama: Kisah Ashab al Ukhdud

Firman Allah taala dalam surah al Buruj ayat keempat hingga kesembilan menceritakan satu kisah yang berlaku sebelum kebangkitan nabi Muhammad s.a.w. Ia juga telah tafsirkan berdasarkan hadith Rasulullah s.a.w yang agak panjang dalam kitab Riyadh as Solihin karangan Imam Nawawi riwayat Suhaib yang dikeluarkan oleh Imam Muslim. Kisah ini masyhur dengan nama Ashab al Ukhdud (parit).

Seorang ghulam yang telah menyebabkan kemasukan masyarakat pada zaman itu ke dalam agama Islam secara beramai-ramai setelah dihukum mati oleh raja. Hukuman yang dijatuhkan gagal mematikan ghulam ini melainkan dengan menyebut nama tuhan ghulam tersebut. Ia telah disaksikan oleh rakyat jelata dan mereka semua telah memeluk Islam. Lalu digali parit dan dinyalakan api dengan maraknya bagi dimasukkan sesiapa sahaja yang masih beriman dan enggan kembali kepada ajaran lama mereka. Seorang demi seorang terjun dan masuk ke dalam parit api tersebut sehinggalh giliran seorang ibu bersama anaknya yang masih kecil. Timbul ragu-ragu dihati ibu ini dan dengan takdir Allah bayi itu berkata: wahai ibuku, ibu bersama orang-orang yang benar. Lalu terjunlah ibu bersama bayinya ke dalam api.

Jadi persoalannya sekarang adakah yang berlaku kepada orang yang beriman bahkan ibu bersama bayinya yang terjun ke dalam api tersebut dikira bunuh diri?


Kedua: Peristiwa peperangan Badar

Rasulullah s.a.w bersabda ketika perang Badar yang berlaku pada hari Jumaat, 17 Ramadhan tahun kedua hijrah :

والذى نفس محمد بيده فإنه لا يقاتل اليوم رجل مقبل غير مدبر إلا أن يدخله الله الجنة

Maksudnya : Dan demi diri Muhammad yang berada di tangannya, tiadalah seorang lelaki yang berperang pada hari ini mara tanpa berundur melainkan Allah akan memasukkannya ke dalam syurga.

Apabila seorang sahabat yang sedang makan buah kurma mendengar hadith ini, dia pun berkata maksudnya : tak ada yang menghalang aku daripada masuk syurga melainkan buah kurma yang masih ada ditanganku. Lantas dia mengambil senjata dan masuk ke dalam kumpulan musuh seorang diri sahaja dan akhirnya dia telah dibunuh.

Peristiwa ini berlaku di hadapan Rasulullah s.a.w dan para sahabat yang lain tanpa ada seorang pun yang mengingkarinya. Ini menunjukkan perbuatan sahabat tersebut bukanlah perbuatan membunuh diri bahkan istisyhadiah yang Allah akan mengganjarinya dengan syurga kelak.


Ketiga: Khalifah Abu Bakar memerangi murtad

Khalid al Walid (pedang Allah dan RasulNya) yang ditugaskan mengepalai tentera Islam pada waktu itu untuk memerangi golongan murtad telah mengarahkan supaya membuat kepungan dan sekatan makanan. Golongan ini dipimpin oleh Musailamah al Kazzab dengan bantuan Sijah berada dalam sebuah kota.

Muncul seorang pemuda bernama Thabit bin Qis bin Syamas membuat tawaran kepada Khalid bin al Walid untuk dipergunakan dirinya dalam peperangan tersebut. Mengikut sejarah, pemuda ini pernah menderakan dirinya dengan mengurung diri dalam rumah kerana telah meninggikan suaranya di hadapan Rasulullah s.a.w. Dia menganggap dirinya akan masuk neraka selepas turunnya ayat dalam surah al Hujurat ayat kedua. Lalu Rasulullah pun memanggil pemuda ini dan bersabda:

أ ما ترضى أن تعيش حميدا وتقتل شهيدا وتدخل الجنة وأنت من أهل الجنة

Maksudnya: Apakah kamu tidak redha hidup dalam keadaan baik, dan mati dalam keadaan syahid dan kamu akan masuk syurga dan kamu adalah ahli syurga.

Selepas itu dia sentiasa berulang-alik ke masjid menunaikan ibadah. Dan dalam memerangi golongan murtad ini dia telah membuktikan kata-kata Rasulullah dengan mengorbankan dirinya untuk Islam lalu berkata kepada Khalid membuat tawaran: letakkan diri saya dalam minjanik (alat untuk membidas dan melontar), untuk saya buka pintu kota dari dalam, lontarkan diri saya dan saya akan mengamuk di dalam kota sehingga saya buka pintu kota. Dalam kejadian ini, Thabit mengalami cedera parah dan telah dibunuh mati syahid. Dia juga sempat membuka pintu kota sehingga tentera Islam berjaya masuk ke dalam kota dan Musailamah telah dapat ditawan dan dibunuh. Jadi adakah boleh kita katakan perbuatan Thabit ini sebagai bunuh diri?


Keempat: Khalifah Umar berhadapan dengan Rom

Saidina Umar ketika menjadi khalifah telah melantik Abu Ubaidah ‘Amir bin Jarah (aminul ummah) sebagai panglima perang yang baru menggantikan Khalid bin al Walid. Tentera Islam akan berhadapan dengan tentera Rom yang ramai jumlahnya iaitu di antara 400 hingga 500 ribu orang.

Apabila pasukan hadapan tentera Islam yang disusun oleh Khalid al Walid pecah dan kucar kacir, Ikrimah Abu Jahal (telah masuk Islam) telah melemparkan perisai dan sarung pedang yang ada di tangannya. Lalu ditegur oleh Khalid al Walid: bukan begitu wahai Ikrimah!. Ikrimah pun berkata: jangan larang aku! Siapa yang sanggup mati bersama aku? Lebih kurang 400 tentera Islam telah memegang tangan Ikrimah untuk berbai’ah. Lalu mereka pun mara ke hadapan masuk ke tengah-tengah musuh. Melihat keadaan ini, tentera Rom menjadi gerun dan takut lalu mereka berundur dengan sebab 400 orang ini. Ikrimah dan 400 tentera Islam yang lain telah terkorban dan mati syahid dalam peristiwa tersebut.

Persoalan juga timbul di sini, adakah perbuatan Ikrimah dan tentera Islam yang berbai’ah dengannya dianggap bunuh diri?


Kelima: Pembukaan Kostantinopal


Setelah Bizantin jatuh ke tangan umat Islam pada zaman Khalifah Umar al Khattab, Kostantinopal (sekarang Istanbul) telah dijadikan pusat Rom timur yang baru. Khalifah Uthman telah menubuhkan tentera laut pada zamannya dan mengarahkan tentera Islam yang dipimpin oleh Abu Ayyub al Ansari untuk membuka Kostantinopal. Ini kerana percaya kepada sabda Rasulullah s.a.w yang berbunyi:

لتفتحن القسطنطينية فلنعم الأمير هو الأمير ولنعم الجيش ذلك الجيش

Maksudnya: akan dibuka Kostantinopal, sebaik-baik raja adalah raja pada waktu itu dan sebaik-baik tentera ialah tentera tersebut.

Menurut riwayat daripada Tirmizi dalam peperangan ini ada seorang tentera yang yang berada di tengah-tengah musuh seorang diri berlawan dengan mereka. Tentera Islam yang lain pun mengatakan : maha suci Allah, dia telah mencampakkan dirinya kepada kebinasaan!. Ini berdasarkan firman Allah yang berbunyi:

وَلاَ تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ
Mendengar kata-kata ini Abu Ayyub al Ansari pun bangun dan berkata maksudnya: wahai manusia, kamu telah menta’wilkan ayat ini sedangkan ayat ini diturunkan kepada kami golongan ansar, apabila Allah telah memuliakan Islam dan ramai pendokongnya maka berkata umat Islam sesama mereka: harta benda kita telah hilang dan Allah sekarang telah memuliakan Islam serta ramai yang mendokongnya, jadi kalau kita tidak menjaga dan menyimpan harta kita nescaya akan hilanglah sekali lagi. Maka turunlah ayat ini kepada Rasulullah s.a.w sebagai menjawab perbualan sahabat tadi. Jadi maksud kebinasaan yang sebenar di dalam ayat ini ialah sibuk menjaga harta dan meninggalkan peperangan.

Abu Ayyub sendiri sentiasa berada dalam medan peperangan fi sabilillah sehingga dia dikebumikan di Kostantinopal. Jadi dapatlah kita nyatakan perbuatan seorang sahabat tadi yang masuk ke tengah-tengah musuh seorang diri bukanlah perbuatan membunuh diri sebagaimana yang disalahtafsirkan.


PENDAPAT DAN FATWA ULAMA’


Dalam merujuk pandangan dan fatwa para ulama’ berkaitan perbincangan ini, kita dapati terdapat pelabagai persepsi yang memerlukan huraian yang lebih panjang terutamanya syarat-syarat yang diletakkan oleh mereka. Hal ini demikian berikutan keanjalan hukum feqah itu sendiri yang berbeza-beza dari satu tempat ke tempat yang lain dan dari seseorang dengan seseorang yan lain yang melambangkan kesesuaian hukum Islam di semua tempat dan zaman.

Oleh itu, kita hanya mengambil beberapa tokoh ulama’ yang terkenal sahaja sebagai asas dan bahan rujukan kita di sini. Menurut Dr Wahbah Zuhaili yang merupakan Ketua Jabatan Feqah dan Usulnya di Fakulti Syariah Universiti Damsyiq bahawa ia merupakan satu keharusan dengan izin Allah kerana perbuatan seumpama ini menjadi satu keperluan syara’ pada hari ini.

Manakala Dr Muhammad Sa’id Ramadhan al Buthi Ketua Jabatan Aqidah dan Adyan Fakulti Syariah Universiti Damsyiq pula mengatakan bahawa kerja ini dibenarkan dalam Islam seratus peratus dengan syarat berniat untuk mengahapuskan musuh.

Dr Yusof al Qorodhowi menyebut kerja ini dikira sebagai sebesar-besar jihad di jalan Allah dan ia merupakan perbuatan menakutkan musuh yang dijelaskan dalam al Quran. Manakala Syeikhul Azhar Dr Muhammad Said Tantawi pula (selepas merujuk fatwa yang lama) mengatakan bahawa jangan kita kata kepada seseorang yang meletupkan dirinya adalah bunuh diri tetapi dia adalah syahid kerana telah meyerahkan jiwa raganya di jalan Allah.

Kesimpulannya dapatlah kita nyatakan bahawa konsep istisyhadiah perlu kita fahami dengan sedalamnya kerana ia bukan suatu perkara yang baru dalam Islam tetapi telah berlaku dalam lipatan sejarah umat Islam terdahulu. Kekeliruan kita dalam memahami perkara ini akan menyebabkan kesilapan dalam menilai dan kecelaruan dalam memberikan kenyataan.
Lelaki Idaman mujahidah

Lelaki idaman wanita adalah seorang lelaki yang beriman,
Hatinya yang disalut rasa taqwa kepada Allah,
Jiwanya penuh penghayatan kepada Allah,
Yang sentiasa haus dengan ilmu,
Yang sentiasa dahaga dengan pahala,
Yang solatnya adalah maruah dirinya,
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,
Yang halus hatinya,
Yang sentiasa bersama kumpulan
orang-orang yang berjuang dijalan Allah

Lelaki idaman wanita adalah lelaki yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang.

Lelaki idaman wanita adalah lelaki yang menghormati kedua ibu bapanya,
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga,
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,
Yang akan mendidik isteri & anak mendalami agama,
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan kerana dunia,
Baginya ia adalah rumah sementara menuju akhirat.


Lelaki idaman wanita sentiasa bersedia untuk menjadi imam,
Yang hidup di bawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah,
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara,
Yang menjaga matanya dari berbelanja,
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya.


Lelaki idaman wanita tidak pernah membazirkan masa,
Matanya kepenatan kerana penat membaca,
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir,
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan,
Bangun subuh penuh kecergasan,
Kerana sehari lagi usianya bertambah kematangan.


Lelaki idaman wanita sentiasa mengingati mati,
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga,
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik,
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.


Lelaki idaman wanita adalah lelaki yang tidak pesona dengan buaian dunia,
Kerana dia mengimpikan syurga,
Di situlah rumah idamannya,
Dia ingin membawa wanita bersama,
Dialah lelaki idaman setiap wanita….

Selasa, 27 Julai 2010

Jiwa Seorang Da'ie

Da’ie diharapkan memiliki darjah kepekaan yang sangat tinggi dalam menyerap kepentingan, hajat dan keinginan masyarakat, terutamanya keinginan kepada keamanan dan keimanan yang kadang-kadang berlaku di luar kesedaran mereka.

Syed Qutb pernah membayangkan dirinya berada di atas bukit yang tinggi dan membayangkan masyarakat sebagai kanak-kanak yang bermain dengan pisau tajam yang akan memudharatkan diri mereka sendiri.

Abbas Assisi pernah suatu hari menangis melihat ummat yang rosak dan ketika itu Imam Hassan Al Banna mengatakan padanya “Sekarang baru kamu faham makna dakwah”.

Kepekaan ini akan menggerakkan jiwa dari terus berehat. Seorang Da’ie yang peka terhadap permasalahan ummat akan merasai kepedihan dari jaluran pada luka-luka di tubuh ummat. Jiwanya gelisah dan tidak dapat memejamkan matanya ketika orang lain sedang nyeyak diulit mimpi. Apa tidaknya, setiap hari luka-luka baru menjaluri tubuh ummat sedangkan luka-luka semalam masih belum sembuh. Hati-hati ummat semakin hilang kepekaan dan sensitivitinya kepada tuntutan keimanan sedang kebendaan terus mengembalai mereka dengan penuh keangkuhan dan kezaliman.

Kepekaan ini menjadikan jiwanya bergantung penuh pada rahmat dan kekuasaan Allah, munajat mengiringi pagi dan petangnya manakala malamnya adalah saat-saatnya tersimpuh dengan penuh tawadhu’ memohon pengampunan dan kekuatan Ilahi. Kepekaan ini memancarkan satu sumber kekuatan yang menjalar melalui urat sarafnya dan berdenyut senada dengan degupan jantungnya hinggakan segala permasalahan duniawi dipandang enteng dan sedikitpun tidak mampu menghentikan langkah-langkah perjuangannya.

Umar bin al-Khattab RA selalu berjalan di malam gelap-gelita memeriksa keadaan rakyatnya. Apa yang terjadi di tengah kehidupan mereka, apa yang muncul daripada benak mereka, apa yang menjadi perbincangan utama di tengah rakyatnya. Hatinya selalu terpaut dengan hati rakyatnya, fikirannya sentiasa terkuras untuk meringankan kepedihan hati mereka. Nuraninya berusaha memberikan jalan terang bagi kegelapan rakyatnya. Umarlah yang memikul sendiri makanan untuk ibu tua miskin di malam hari. Umarlah yang merasa gelisah jika melihat orang bawahannya melakukan kesalahan dengan menggunakan kemudahan jawatan yang dia miliki. Nuraninya hidup memancar menebarkan rahmat bagi semesta.

Kepekaan Rasulullah SAW sendiri dilukiskan oleh Al-Quran dalam firman Allah berikut, “Sungguh telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaan yang kamu alami, (dia) sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, penyantun dan penyayang terhadap orang-orang yang beriman”. (At-Taubah:128)

Rasulullah SAW pernah suatu hari solat dalam keadaan tubuh badannya mengeluarkan bunyi geretu tulang-tulangnya, menyebabkan sahabat-sahabat lain gelisah. Selesai saja Solat, Saidina Umar terus bertanya “Ya Rasulullah SAW, adakah engkau sakit?” Jawab baginda “Tidak”. Saidina Umar bertanya lagi “Kenapa kami mendengar tulang-tulang kamu berbunyi begitu dan engkau bergerak dalam keadaan payah” Rasulullah SAW lalu mengangkat bajunya dan ditunjukkan ketul-ketul batul yang diikatkan diperutnya. Umar dengan penuh kesedihan berkata “Ya Rasulullah, adakah sekiranya kamu meminta kepada kami, kami tidak akan penuhi permintaanmu?” Jawab baginda “Bahkan kamu akan penuhi apa saja permintaan ku tetapi aku takut di Akhirat nanti aku dipersalahkan kerana membebani ummatku.”


Kepekaan harus menjadi sebahagian daripada nafas kepedulian kita, dari darah budaya kerja kita dan dari degup jantung kita. Keperihatinan yang menjadi pancaran dari untaian indah keimanan kita, bahawa “barangsiapa yang tidak peduli dengan urusan orang mukmin yang lain, maka dia bukan sebahagian daripada mereka”. Kepekaan akan menjadi sumsum yang menguatkan makna tarbiyah kita dan akan menjadi darah yang melincahkan gerak tarbiyah dan dakwah kita.